Assalamualaikum w.b.t buat semua pembaca yang singgah di blog saya. baru hari ni berkesempatan nk update blog ni. hari ni nak berkongsi cerita berkaitan dengan "mengandung" atau dalam bahasa inggeris nye "PREGNANT". memandangkan ramai sangat yang tengah mengandung sekrang ni termasuk la kakak saya 2 org, yang sorg tengah tunggu hari je yang lagi sorang tahun depan baru bersalin.
Bagi yang dah ada pengalaman sendiri mengandung, saat2 ini memang moment yang indah. hanya wanita yang mengandung sahaja yang dapat rasa betapa "best" nye mengandung walaupon agak "terseksa" juga la bagi sesiapa yang dapat alah teruk macam saya mengandung dulu. walauapapon, saya happy dah sekang, segala seksaan masa mengandung dulu berbaloi setelah "ummu basirah" aka noti girl saya lahir ke dunia. hidup sayadan suami x sunyi lagi macam dulu. riuh dengan suara anak. itu baru sorang, kalu tambah lagi dua tiga, kompem dah macam kat pasar.
Kat sini saya akan kongsi serba sedikit info2 berkenaan dengan mengandung. segala info ni saya kutip dari pengalaman sendiri, internet dan juga buku2 yang saya baca.
Ini adalah di antara tanda2 kalau anda rasa anda mengandung. saya sendiri dah pon merasa benda ni sebelum saya buat pregnancy test.
TANDA-TANDA MENGANDUNG:
-rasa nak muntah
-rasa lapar sepanjang masa (walaupon baru lepas makan)
-rasa mengantuk je dan mudah rasa penat (walaupon xde buat keje sangat)
-payudara agak besar dari biasa
-puting jadi lebih gelap
-puting jadi sakit (bagi siapa yang masih menyusu badan, puting akan rasa sakit)
-rasa mulut x sedap
-rasa mengidam sesuatu (rasa nak makan sesuatu rasa nak jugak)
-kerap kencing
-mood berubah (tiba2 je rasa nak marah dan sensitif walaupon x de isu pon)
Tq 4 ur info....
ReplyDelete