PERKEMBANGAN JANIN
Kali ni aku nak kongsi pulak berkenaan janin semasa dalam kandungan. Kepada sesiapa yang sedang mengandung memang akan rasa excited baca bab ni, sebab nak tau baby dah tahap mana. dalam sehari pon boleh bace berulang kali sebab dah tak sabar sangat nk tunggu baby keluar. Aku pon macam tu jugak. Best sangat bile tau baby dah besar mana setiap kali die membesar. dan yang paling nak tau berat baby dalam perut.Segala info ni aku salin balik dari buku yang aku dapat dari Mead Johnson Nutrition.
Semasa mengandung , kita akan melalui tiga peringkat:
- Trimester pertama - 3 bulan pertama
- Trmester kedua -3 bulan kedua
- Trimester ketiga - 3 bulan terakhir.
(0-4 minggu)

Apabila telur yang telah disenyawakan membenamkan dirinya pada dinding rahim, sel-sel akan mula membahabi dengan pantas. bahagian2 tubuh janin akan mula membentuk. Embrio panggilan bagi telur berkenaan, boleh dilihat dengan mata kasar pada minggu keempat pembentukannya. Bahagian kepala dan ekornya mula muncul bersama pundi makanan ibarat kuning telur yang membekalkan khasiat pada peringkat awal sehinggalah uri terbentuk sepenuhnya.
(5-8 minggu)

Embrio kini berukuran kira-kira 2 mm menjelang minggu kelima. jantungnya mula berdegup dan mengalirkan darah dan boleh dilihat menerusi imbasan ultrasound. Bahagian kepala menghampiri tahap pembentukan terakhir ;saraf tunjang dan otak sedang membesar dengan pantas. Menjelang akhir bulan, embrio akan menjadi sebesar sekeping syiling seringit dan kesan2 pergerakan halus pertamanya pada bahagian tulang belakang akan mula dirasakan.
(9-12 minggu)

Menjelang minggu ke 11, embrio kini dipanggi janin, mula kelihatan seperti manusia yang kecil dengan ukuran kira-kira 5.5cm panjang. otot2 bayi telah mula terbentuk dan pergerakannya semakin ketara. ianya juga mula bertindak balas terhadap pergerakan2 kuat tubuh anda. Menjelang akhir bulan , janin akan mencapai panjang 7.5cm dan berat sekitar 14g serta telah mengalami pembentukan penuh kesemua organ2 utamanya.
TRIMESTER KEDUA
(13-16 minggu)

Peranan membekalkan makanan kepada janin kini dijalankan oleh uri yang telah terbentuk sepenuhnya. Janin kini berukuran 16cm panjang, diselaputi bulu2 halus yang lembut (lanugo), dengan kuku mula tumbuh pada jari jemari tangan dan kaki. Janin ,uri dan air kini memenuhi seluruh rahim. Perlahan2, janin mula menelan cecair dalam rahim dan membuang air kecil. ia mula merasai pengalaman baru daripa makanan yang anda makan sambil mula mengenali bau dan rasa yang berkait dengan setiao jenis makanan.
(17-20 minggu)

Si ibu mula mengesan pergerakan bayi di dalam kandungannya sambil ia meregang dan mengerakkan anggota2 tubuhnya. Janin kini berukuran 25cm panjang dan berat 340g. kelopak matanya masih tertutup rapat sambil rambutnya mula tumbuh dan giginya mula terbentuk. Menjelang akhir bulan, janin akan mencapai separuh kepanjangannya pada waktu hendak dilahirkan kelak.
(21-24 minggu)

Janin kini mempunyai waktu2 khusus untuk tidur dan berjaga. Bunyi degupan jantung dan aliran darah ibunya, janin juga berkemungkinan mendengar bunyi2 bising dan muzik serta bunyi2 lain di persekitaran luar sambi mula bertindak balas dengan bunyi2 tersebut. Menjelang akhir bulan, janin akan berukuran kira-kira 33 cm panjang. ianya kini boleh membuka mata dan dengan aya penglihatan yang meningkat, janin mula mnyedari tentang keadaanperubahan cahaya yang berlaku di luar rahim.
TRIMESTER KETIGA
(29-32 minggu)

Janin kini telah terbentuk sepenuhnya. Ianya telah bersedia untuk mengambil nafas pertama sambil paru2nya menjadi semakin matang. ianya juga mungkin telah mula menghisap ibu jarinya sendiri. Bayi kini mempunyai berat sekitar 1.6kg dan berukuran kira-kira 38cm.
(33-40 minggu)

(37-40 minggu)
No comments:
Post a Comment